WELCOME

Sunday 22 December 2013

Pengalaman Temuduga UTP

14 Disember lepas, aku dapatlah jemputan ke Temuduga UTP bagi pengambiilan januari 2014.
Dalam borang aku mintak kursus Petroleum Geoscience. Kenapa aku mintak ni? Sebab aku mmg minat bab2 petroleum dengan cari gali ni.

Temuduga tu dia buat kt Dewan Canselor dia yang bapak besar gah gempak giler kata ko...haa kluar dah azwan ali..
Bangunan dia mcm stadium, abg yg study kt situ kata  dorang panggil bangunan tu UFO.
Depan dewan canselor tu ada library atau dalam bahasa inggeris perpustakaan. Giler ko, library dia mcm kt Ikea Damansara bahagian perabot, sape pernah gi kt ikea tu, tgk kt perabot tu kan botingkek-tingkek, mcm tu ah  dia susun buku. Nak ambik buku, kene naik lif klu bahagian atas. Wooshhh, agaknya nilah dunia siswa dan siswi ye.

Dalam surat tu dia tulis pendaftaran jam 730 am, dia suh datg awal sbb nnt dia nk bahagi kumpulan ABCD, kumpulan AB dpt balik awal. Sape dtg awal dptlah grup AB dan dpt balik awal. Aku pon bertolak dari hotel jam 715 dari hotel yang tak jauh dari UTP, sampai sana tepat 730. walaupun aku smpai 730, barisan dia beratur perghhhhh!!! udah panjang cik adik oiii, mcm orang beratur nak ambik BR1M. Aku dapat grup C,
Tapi takpelah C pon sbb aku dpt satu grup dengan Adzim AMG, takdelah aku rasa terasing sgt.

Brcerita ttg prosedur temuduga,
mula2 dia akan bagi kita satu kertas kerja. Dan apa yang mencabar ttg kerja tu, smuanya dalam bahasa yunani ataupun bahasa Inggeris. Aku dapat tajuk, pasal iklan.
Temuduga tu ada dua sesi, mula2 individu dan kemudiannya berkumpulan dlm 4-5 orang.
Masa individu tu, dia suh kita citer lah pendapat kita ttg tajuk yang diberi tu. Tpi dalam bahasa inggeris lah. Aku pon cakap lah bla bla bla bla bla and bla. Selepas 5 minit selesai lah sudah sesi pertama.

Kemudia tiba pulak sesi berkumpulan,
Yang ni simple saja, kita wat mcm forum je. Sembang2, tapi bukan sembang Teh Tarik, sembang pasal tajuk yg diberi, dan bagi kata putus untuk tajuk tersebut,. Dalam 8minit gitu abislah sesi ni.
Dan aku masih igt lagi apa yg CIKGU (gelaran cikgu kt universiti ape eh??) tu ckp kt aku. Dia cakap

  1. Bila masuk U, kita semua kene ada disiplin yg tinggi. Sbb kt U dh takde nye kene marah tak datang kelas. Semua atas diri kita sendiri. Ada budak cemerlang kt skolah sbb kt skolah cikgu kawal, tp kt U dia kantoi sbb KEBEBASAN tersebut.
  2. Kursus yg kita ambik tu mestilah apa yang kita minat. Bukan sebab gaji atau pekerjaan yang ditawarkan. Kita kene ikhlas belajar kerana Allah bukan kerana ikut kawan atau semata-mata duit

Dan bahagian paling akhir, dia ada wat ujian komputer. Yg ni takde mende sgt. Dia cuma nk kenal personaliti diri kita je.

Aku habis interview dalam jam 230 something. Fuh, kenangan pertama kali kene temuduga ni mmg Gary Running Man. Kita hanya perlu rileks, baca sikit2 untuk pengetahuan am.
Hensemnye yg pakai spek tu..kahkahkah XD

Sembang-sembang sebab lama tak jumpa

Masjid UTP yang sangat lawa,dan sejuk

No comments:

Post a Comment