WELCOME

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wassahlan Ya Ramadhan.

Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau memberi peluang untuk aku menemui bulan yang paling mulia,penghulu segala bulan, Bulan Ramadhan. Seperti mana perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 :

Maksudnya: wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas kaum-kaum sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa.

Aku tak tahu kenapa tahun ni aku rasa gembira sangat2 nak sambut Ramadhan. Tahun-tahun lepas takdelah macam ni. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kepada aku dalam bulan ni. Wallahualam.
Aku taknak bazirkan bulan Ramadhan tahun ni sebagaimana tahun lepas. Aku nak guna kesempatan bulan ni untuk aku memohon keampunan daripada Allah. Aku rasa macam nak menjerit je sekarang nih, huh.

Tapi untuk tahun ni, aku terpaksa berbuka tanpa keluarga aku selama 8 hari, sebab aku join kem AMG di SEMSAS. Biarlah, tahun ni aku kene banyak berkorban. Tahun depan barulah boleh bebas.Sebenarnya, seumur hidup aku, aku tak pernah berbuka tanpa keluarga aku. Jadi bila first time, terasa sebak di dalam dada jugak lah. Ya Allah, Kau lindungilah ibu dan adik ku semasa ketiadaan aku di rumah.

Okay, sampai di sini saja coretan nukilan aku untuk kali ini. Selamat Ramadhan,selamat berpuasa.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh