WELCOME

Sunday 22 December 2013

Pengalaman Temuduga UTP

14 Disember lepas, aku dapatlah jemputan ke Temuduga UTP bagi pengambiilan januari 2014.
Dalam borang aku mintak kursus Petroleum Geoscience. Kenapa aku mintak ni? Sebab aku mmg minat bab2 petroleum dengan cari gali ni.

Temuduga tu dia buat kt Dewan Canselor dia yang bapak besar gah gempak giler kata ko...haa kluar dah azwan ali..
Bangunan dia mcm stadium, abg yg study kt situ kata  dorang panggil bangunan tu UFO.
Depan dewan canselor tu ada library atau dalam bahasa inggeris perpustakaan. Giler ko, library dia mcm kt Ikea Damansara bahagian perabot, sape pernah gi kt ikea tu, tgk kt perabot tu kan botingkek-tingkek, mcm tu ah  dia susun buku. Nak ambik buku, kene naik lif klu bahagian atas. Wooshhh, agaknya nilah dunia siswa dan siswi ye.

Dalam surat tu dia tulis pendaftaran jam 730 am, dia suh datg awal sbb nnt dia nk bahagi kumpulan ABCD, kumpulan AB dpt balik awal. Sape dtg awal dptlah grup AB dan dpt balik awal. Aku pon bertolak dari hotel jam 715 dari hotel yang tak jauh dari UTP, sampai sana tepat 730. walaupun aku smpai 730, barisan dia beratur perghhhhh!!! udah panjang cik adik oiii, mcm orang beratur nak ambik BR1M. Aku dapat grup C,
Tapi takpelah C pon sbb aku dpt satu grup dengan Adzim AMG, takdelah aku rasa terasing sgt.

Brcerita ttg prosedur temuduga,
mula2 dia akan bagi kita satu kertas kerja. Dan apa yang mencabar ttg kerja tu, smuanya dalam bahasa yunani ataupun bahasa Inggeris. Aku dapat tajuk, pasal iklan.
Temuduga tu ada dua sesi, mula2 individu dan kemudiannya berkumpulan dlm 4-5 orang.
Masa individu tu, dia suh kita citer lah pendapat kita ttg tajuk yang diberi tu. Tpi dalam bahasa inggeris lah. Aku pon cakap lah bla bla bla bla bla and bla. Selepas 5 minit selesai lah sudah sesi pertama.

Kemudia tiba pulak sesi berkumpulan,
Yang ni simple saja, kita wat mcm forum je. Sembang2, tapi bukan sembang Teh Tarik, sembang pasal tajuk yg diberi, dan bagi kata putus untuk tajuk tersebut,. Dalam 8minit gitu abislah sesi ni.
Dan aku masih igt lagi apa yg CIKGU (gelaran cikgu kt universiti ape eh??) tu ckp kt aku. Dia cakap

  1. Bila masuk U, kita semua kene ada disiplin yg tinggi. Sbb kt U dh takde nye kene marah tak datang kelas. Semua atas diri kita sendiri. Ada budak cemerlang kt skolah sbb kt skolah cikgu kawal, tp kt U dia kantoi sbb KEBEBASAN tersebut.
  2. Kursus yg kita ambik tu mestilah apa yang kita minat. Bukan sebab gaji atau pekerjaan yang ditawarkan. Kita kene ikhlas belajar kerana Allah bukan kerana ikut kawan atau semata-mata duit

Dan bahagian paling akhir, dia ada wat ujian komputer. Yg ni takde mende sgt. Dia cuma nk kenal personaliti diri kita je.

Aku habis interview dalam jam 230 something. Fuh, kenangan pertama kali kene temuduga ni mmg Gary Running Man. Kita hanya perlu rileks, baca sikit2 untuk pengetahuan am.
Hensemnye yg pakai spek tu..kahkahkah XD

Sembang-sembang sebab lama tak jumpa

Masjid UTP yang sangat lawa,dan sejuk

Apa yang aku buat masa cuti??

Bangun pagi tercekik halkum
assalamualaikum

Wuih, skojap jo udah nak abih tahun duo ribu tigo boleih...
Hah, dulu masa aku skolah, beria ria mikir apa yg nak buat lepas abih SPM.
dan apa yang jadi sekarang, aku hanya duk rumah, makan minum layan running man, tgk drama korea, main-main dengann gerpren aku yakni aku punya kamera dan tido.

Tapi aku masih enjoy, sebab aku ada mama aku. Kalau aku bosan dia lah tempat aku sembang2. Kekadang sembang pasal korea, pasal kamen rider, pasal ultraman dan macam-macamlah. Huh, kalau takde lah keluarga aku ni, aku rasa  memang aku hanyut dibuai arus duniawi.

Bercakap pasal korea, sebenarnya aku ni mmg jenis minat retis-retis asia, tak kira ah Jepun ke, Korea ke, Filipina ke. (aku suka lagu Filipina tajuk dia "Anak"), ni lirik dia, "ngomosilangka pasako ito, naing kua ka lamongamor" hahaha..betul ke tak, tak tahu ah, aku main mumbling je tuh. Sambung pasla korea, aku mula minat korea ni sebab kawan aku Nik amalina dia duk crita pasal Running man kat aku.Aku igtkan tu citer superhero sbb ada  "MAN". Aku pesan lah kt nik, klu citer RM tu main, mesej lah. Dia buat betul2 tau. Asal citer tu main je, mesti sampai mesej. Aku pon start layan ah. Mula2 tu mcm blurr je ah tgk sbb tak fhm. Pastu Ashraff pulak citer kt aku pasal Running man yg tema dia "TheAvengers". Aku pon tgk episode tu. Start pada situ lah aku minat sbb ahli2 dia mmg lawak dan spontan. Nak2 si HAHA tu. Aku pon mulalah nk tgk seme episode. Tapi masa tu nk SPM, aku tak tgk lah. Pastu kawan "Siti" dia ada donlod episode RM ni,tp tak semualah,aku pon apa lagi, mintak dgn dialah. Pastu, Jibek yakni Najmi pulak kata dia ada semua episode, wow!! tak sangka jibek ni geng2 korea. Aku pon tanpa segan silu dan bangganya mintak copy dari dia, makan lebih 100gb gak space external aku. Dan bila masa cuti2 ni, aku pasang lah citer tu kt TV. Dgn mak2 aku layan skali. Habis sampai adik aku minat citer ni. hahahahah....... bosan....

Ape yang aku nak citer agi eh?? 

Wednesday 27 November 2013

Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak
  
Aku tegar 
aku rela
sekalipun aku dihenyak 

Burung-burung hijau terbang
Oh ku tenang melayang
syurga firdausi menunggu ku datang 
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum 
di saat cinta mekarku bercantum
  
Pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki dari Ilahi
  
Kejayaan 
kebahagiaan 
bintang syuhada yang dirindukan
  
Datang datanglah wahai syahid 
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
  
Derita hanya sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/11/lirik-lagu-bintang-syurga-raqib-majid.html#ixzz2lstLlnYn

Friday 4 October 2013

Sijil Pelajaran Malaysia

Alhamdulillah

Trial SPM pon dah lepas.
SPM tinggal dalam 30 hari something,
result trial aku ala kadar je, 6A1B2C

Aku nak masuk UTP kalau ada rezeki lah, dan aku nak ambik kursus geoscience. Ayah aku kata nanti dia bukak permohonan secara online. Tapi tak tahu ah dorang pandang tak result aku ni kan.
Bile nak2 SPM ni, aku jadi muak bile tgk kertas, berterabur dalam bilik aku, heshh, kan senang klu seme bahan dalm bentuk software, takde lah bersemak kertas dalam bilik aku.

Tapi sejak2 akhir ni, banyak dugaan datang dekat aku. Dahlah mood aku turun naik macam gelombang melintang (ayat pelajar fizik), tapi, nasib baiklah aku bukan jenis orang yang lemah. Biarlah sedih kat dalam je, jangan tunjuk kat luar. Walau macam2 dia kata kat aku, aku tetap " steady". Aku akan sentiasa doa untuk dia.

ARGHHHH!!!! dah lah, 

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wassahlan Ya Ramadhan.

Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau memberi peluang untuk aku menemui bulan yang paling mulia,penghulu segala bulan, Bulan Ramadhan. Seperti mana perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 :

Maksudnya: wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas kaum-kaum sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa.

Aku tak tahu kenapa tahun ni aku rasa gembira sangat2 nak sambut Ramadhan. Tahun-tahun lepas takdelah macam ni. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kepada aku dalam bulan ni. Wallahualam.
Aku taknak bazirkan bulan Ramadhan tahun ni sebagaimana tahun lepas. Aku nak guna kesempatan bulan ni untuk aku memohon keampunan daripada Allah. Aku rasa macam nak menjerit je sekarang nih, huh.

Tapi untuk tahun ni, aku terpaksa berbuka tanpa keluarga aku selama 8 hari, sebab aku join kem AMG di SEMSAS. Biarlah, tahun ni aku kene banyak berkorban. Tahun depan barulah boleh bebas.Sebenarnya, seumur hidup aku, aku tak pernah berbuka tanpa keluarga aku. Jadi bila first time, terasa sebak di dalam dada jugak lah. Ya Allah, Kau lindungilah ibu dan adik ku semasa ketiadaan aku di rumah.

Okay, sampai di sini saja coretan nukilan aku untuk kali ini. Selamat Ramadhan,selamat berpuasa.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Friday 28 June 2013

DEMI CINTA SUCI



Lama giler tak dengar lagu ni. Aku suka dengar suara Fitri Haris (penyanyi chorus yang pakai spek). Tapi sayang, dia dah kluar dari UNIC.

LIRIK
Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni

Andai kata-kata sering didustai

Tuesday 25 June 2013

KERETA

Memang tak dapat dinafikan bahawa lelaki dan kereta tidak dapat dipisahkan lagi. Termasuk aku juga,merupakan seorang penggila kereta. Kenapa aku minat kereta?? Aku pon tak tahu kenapa aku boleh minat dengan kereta nih. Mungkin sebab pengaruh dari pak sedara aku kot. Dan kereta yang menjadi pujaan hatiku adalah Mitsubishi Lancer Evolution X atau ramai yang memanggil sebagai EVO.

Nak tahu sejarah kereta Evo nih??

Pada asalnya syarikat Mitsubishi yang berpusat di Jepun ingin mencipta sebuah kereta yang khas untuk perlumbaan Rally (klu yg tak thu ape tu rally,rally ni perlumbaan di ladng2 sawit,salji dan di tempat tanah merah). Sebuah kenderaan Rally memerlukan Pacuan-4-Roda  (4WD) pada kenderaan tersebut yakni bermaksud,bile kreta tu bergerak,keempat-empat tayar krete tersebut berpusing. Klu kreta biasa,tayar belakang je yang berpusing. Apabila Mitsubishi mengeluarkan model pertama pada oktober 1992 di Jepun, pihak pengimport di eropah meminta agar Mitsubishi mengimport kenderaan tersebut ke eropah.Klu nk thu, Evo generasi pertama ni bentuk dia mcm Proton Wira.

                                          Mitsubishi Lancer Evolution I
                                              Mitsubishi Lancer Evolution I
                                          Mitsubishi Lancer Evolution II
                                              Mitsubishi Lancer Evolution II
                                          Mitsubishi Lancer Evolution III
                                              Mitsubishi Lancer Evolution III
                                          Mitsubishi Lancer Evolution IV (CN9A) - White
                                               Mtisubishi Lancer Evolution IV
                                         Mitsubishi Lancer Evolution V
                                             Mitsubishi Lancer Evolution V
                                         Evolution VI T.M.E
                                            Mitsubishi Lancer Evoluion VI
                                         Evolution VII
                                          Mitsubishi Lancer Evolution VII
                                         2005 Mitsubishi Lancer Evolution VIII MR (spesifikasi AS) di Deal's Gap, Carolina Utara
                                           Mitsubishi Lancer Evolution VIII
                                         Mitsubishi Lancer Evolution IX
                                          Mitsubishi Lancer Evolution IX
                                        2008 Mitsubishi Lancer Evolution X
                                          Mitsubishi Lancer Evolution X

Monday 24 June 2013

Dipaksa untuk post sesuatu...

Assalamualaikum w.b.t.

Aku tak tahu nak tulis ape sbenarnya. Nipon sebab Lyza yang paksa aku tulis.Terasa bangga pulok bile ada orang suh kita wat new post kt blog. Itu menunjukkan ada gak orang yang baca blog kita. Tak caya ada org suh aku wat post bru kt blog?? hah, tengok nih....

hah, percaya dah??

Alang-alang dah menaip nih, meh la kita berceloteh panjang yak??
Sabtu Ahad lepas aku gi balik rumah aku kt selangor.(ponteng AMG sobonarnyo). Masa tu sibuk ah pasal jerebu nih. Aku igtkan kt rumah aku kt Pel.Klang je yg teruk,rupanya kt Kuantan lagi teruk.Smpai dpt cuti agi ari senin tu(24 jun2013).Huh hebat benor yakk.Aku ngan ayah aku mmg allergic giler ngan jerebu nih.Maklum lah, anak beranak ada resdung.Bile kluor rumoh dok pakai mask(aku panggil topeng), mmg akan bersin sokmo.

Tapi alhamdulillah, nmpk nyer makin pulih lah jerebu nih.Dpt lah koi pogi skoloh. Dpt jugok koi jupe dgn Irah. Huh,wakakakaka nak start jiwang dah. 

Apa eh prasaan korang bile "syok sorang". Bagi aku mende tu perkara biasa. Aku dh alami sejak dari Form 1 lagi. Apa yang aku buat, just relax and cool. Tapi perit gok ah simpan perasaan selama 4 tahun nih. Huh,bak lirik lagu Sudirman "Penyu Menangis Siapa Yang Tahu".

Okay2, stop utk jiwang. Slot utk jiwang nih kene pendek2 je.Takleh panjang nnt melarat.Nih koi nok cghiter pasal ghodong koi nih. Name dia Najmi, koi panggil dia jibek. Muka nampok ganas giler,tp biler tulis blog,wakakakakakkakakakakka mcm karangan PMR bhaii. Ayat mmg takde kesalahan ejaan dan tatabahasa. waakakkakaka(amboi,sedap giler kutuk org). Nk diceritakan, Jibek ni minat kt sorang budak kelas aku. Afiqah namanyer, budak nyer cantik,lawa (tp xleh lwn Irah lerr) wakakaka. Aritu dia kalah bet, so dia kene lah luahkan apa yg terpendam dlm hati dia dkt si Afiqah ni. Yang aku tak tahannyer, dua2 selamber je masa kejadian tu berlaku.Mcm ni hah situasi kejadian tersebut.

Najmi berjalan2 dgn muka selamber menuju ke arah Afiqah.
"Afiqah", Najmi menyapa tetapi Afiqah malu-malu utk memandang Najmi.
"Aku suka kat mu", Najmi meluahkan perasaannya dengan selamber.
"Okay", jawab Afiqah dengan senyuman.
Najmi keluar dari kelas dengan muka yang amat sukar untuk diterjemahkan.

Begitulah al-kisahnya.Nmpaknya masa dh mencemburui kita.Smpai di sini sajalah kita dpt bersua.
Ni pesanan aku.
"jangan biarkan facebook anda diselubungi... Game Request..."

Assalamualaikum selamat malam, Oyasuminasai



Friday 21 June 2013

PERTENGAHAN TAHUN 2013

Kita mulakan coretan kali ini dengan pantun...

Cik Liza minum air ketum,
Assalamualaikum,

Huh, alhamdulillah masih dipanjangkan umur. Okeh, aku takde idea nak tulis ape. Ni aku tulis pon sebab dah lama dok care ke blog nih sampai berkulat aku punya dashboard sbb doh lame dok bukok, al-maklumlah fokus sangat pada study( tangan ke dada mata ke atas).

Result ujian pertengahan tahun dah kluar, nak tahu tak brape aku dapat? (cakap sorang-sorang)
Tak bagus sangat....
5A, 2B 1C 1Gagal
Subjek yang A- fizik,Bm,Bi,Math,Sej
Subjek yang B-kimia,agama Islam
subjek yang C-biology
subjek yang G- Additional Mathematics (the silent killer)

Salah satu faktor aku gagal addmath adalah, subjek tulah yang aku paling malas nak study. Yelah,soalan putar belit giler bhai!!
Ni contoh soalan addmath,

"Di dalam sebuah sekolah, terdapat 10 orang ahli PBSM bertugas di padang. Cari bilangan ahli PKBM Laut di sekolah tersebut."
(soalan tersebut adalah rekaan semata-mata,tdak ada kene mengena dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia)

Dalam hidup aku mende yang paling aku tak suka dengar, klu seseorang tu kata "taknak ah kawan dengan awok", "aku kenal ko ke?","did i know you?","saya benci dia sangat2 (dia=aku lah tu)", dan sebagainya. Kalau aku kehilangan seorang kawan, mmg gerenti seharian aku takleh tidor sebab seharian mikir mcm mane ank suh dia jadi kawan aku semula.

Nak criter tak pasal aku punyer crush?? Takyah ah kot, cerita dia sama je mcm dulu.

Okay lah, sampai disini saja coretan momotaros-san untuk kali ni. Nanti manalah tahu tengah2 minum horlick tetiba kluor idea nak tulis pasal ape,aku wat ah yang baru.

sekian, assalamualaikum,,
sayonara,mata ai masho,oyasuminasai.

Syahirah, I will always be there for you.