WELCOME

Monday 23 June 2014

Siswa

Alhamdulillah akhirnya aku diberi peluang untuk menjadi seorang siswa di sebuah universiti yang amat aku idamkan dari form 1 lagi.
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
BANDAR SRI ISKANDAR
31750 TRONOH,
PERAK DARUL REDZUAN.

Kat sini aku ambik course Petroleum Geoscience, Kenapa Geoscience?? sebab memang aku minat geografi. Silap gak aku tak ambik Geografi masa SPM aritu. hahahahaha.. 

Mula mula aku ingatkan course ni takde kene ambik subjek engineering, last2 kene ambik gak subjek engineering untuk foundation. Padahal masa sambung degree nnt mana ada kaitan dengan engineering. Tapi best blaja seme mende ni. Fizik Kimia Calculus. Mula mula belajar memang rasa susah sikit sebab aku tak biasa belajar cara fast track ni. Tapi bile dah lama, Alhamdulillah aku dah dapat ikut rentak budak2 yang cerdik pandai. 
DALAM LAB CHEMISTRY

Apa yang aku tak suka kt UTP ni, internet dia slow mcm mende. Nak refresh news feed FB pon berejam kene tunggu. Kalau nk internet laju kene bangun awal2 sebab masa tu budak2 tak bangun agi. Tapi setiap masalah ada penyelesaiannya kan.. Aku tukar wifi router aku, guna yang dapat tarik line lgi kuat..Kalau nk download aku guna IDM, hahahaha, laju lah internet kt dlm Lappy aku ni.

Kat sini ramai gak student2 inernational. Ada suatu hari tu aku jumpa dengan student Korea. Mula2 aku tak tahu dia korean, pastu aku dengar dorang sembang2 masa nak beli makan. Aku pon apa lagi tegur ah dorang, aku tanya " You're Korean??", dorang pon jawab " yess". Aku pon terus, " annyeonghaseyo, nae ireum neum fitri ibnida . Hahahahaa...lawak rasa, pastu dorang jawab "danshin neul mannaseo bangseubnida". Punyalah excited dapat jumpa orang Korea hahahaa...


Ni kawan aku dari Kedah, Afiq Fuad namanya. Dulu dia ketua pelajar kat SMKA Kedah. 
Selfie dengan Ustaz Fawwaz. Aku suka dengar ceramah ustaz Fawwaz dalam FB. Ustaz Fawwaz selalu bincang pasal perkara akhir zaman. Ni ustaz dari utara punya. "Padu baq hang"

First time mandi kolam kt UTP


No comment, yang pasti yang pakai safety speck warna kuning tu memang hesem dan kacak

Jauh termenung bonda dan ayahanda yang jauh di sana...









Sunday 22 December 2013

Pengalaman Temuduga UTP

14 Disember lepas, aku dapatlah jemputan ke Temuduga UTP bagi pengambiilan januari 2014.
Dalam borang aku mintak kursus Petroleum Geoscience. Kenapa aku mintak ni? Sebab aku mmg minat bab2 petroleum dengan cari gali ni.

Temuduga tu dia buat kt Dewan Canselor dia yang bapak besar gah gempak giler kata ko...haa kluar dah azwan ali..
Bangunan dia mcm stadium, abg yg study kt situ kata  dorang panggil bangunan tu UFO.
Depan dewan canselor tu ada library atau dalam bahasa inggeris perpustakaan. Giler ko, library dia mcm kt Ikea Damansara bahagian perabot, sape pernah gi kt ikea tu, tgk kt perabot tu kan botingkek-tingkek, mcm tu ah  dia susun buku. Nak ambik buku, kene naik lif klu bahagian atas. Wooshhh, agaknya nilah dunia siswa dan siswi ye.

Dalam surat tu dia tulis pendaftaran jam 730 am, dia suh datg awal sbb nnt dia nk bahagi kumpulan ABCD, kumpulan AB dpt balik awal. Sape dtg awal dptlah grup AB dan dpt balik awal. Aku pon bertolak dari hotel jam 715 dari hotel yang tak jauh dari UTP, sampai sana tepat 730. walaupun aku smpai 730, barisan dia beratur perghhhhh!!! udah panjang cik adik oiii, mcm orang beratur nak ambik BR1M. Aku dapat grup C,
Tapi takpelah C pon sbb aku dpt satu grup dengan Adzim AMG, takdelah aku rasa terasing sgt.

Brcerita ttg prosedur temuduga,
mula2 dia akan bagi kita satu kertas kerja. Dan apa yang mencabar ttg kerja tu, smuanya dalam bahasa yunani ataupun bahasa Inggeris. Aku dapat tajuk, pasal iklan.
Temuduga tu ada dua sesi, mula2 individu dan kemudiannya berkumpulan dlm 4-5 orang.
Masa individu tu, dia suh kita citer lah pendapat kita ttg tajuk yang diberi tu. Tpi dalam bahasa inggeris lah. Aku pon cakap lah bla bla bla bla bla and bla. Selepas 5 minit selesai lah sudah sesi pertama.

Kemudia tiba pulak sesi berkumpulan,
Yang ni simple saja, kita wat mcm forum je. Sembang2, tapi bukan sembang Teh Tarik, sembang pasal tajuk yg diberi, dan bagi kata putus untuk tajuk tersebut,. Dalam 8minit gitu abislah sesi ni.
Dan aku masih igt lagi apa yg CIKGU (gelaran cikgu kt universiti ape eh??) tu ckp kt aku. Dia cakap

  1. Bila masuk U, kita semua kene ada disiplin yg tinggi. Sbb kt U dh takde nye kene marah tak datang kelas. Semua atas diri kita sendiri. Ada budak cemerlang kt skolah sbb kt skolah cikgu kawal, tp kt U dia kantoi sbb KEBEBASAN tersebut.
  2. Kursus yg kita ambik tu mestilah apa yang kita minat. Bukan sebab gaji atau pekerjaan yang ditawarkan. Kita kene ikhlas belajar kerana Allah bukan kerana ikut kawan atau semata-mata duit

Dan bahagian paling akhir, dia ada wat ujian komputer. Yg ni takde mende sgt. Dia cuma nk kenal personaliti diri kita je.

Aku habis interview dalam jam 230 something. Fuh, kenangan pertama kali kene temuduga ni mmg Gary Running Man. Kita hanya perlu rileks, baca sikit2 untuk pengetahuan am.
Hensemnye yg pakai spek tu..kahkahkah XD

Sembang-sembang sebab lama tak jumpa

Masjid UTP yang sangat lawa,dan sejuk

Apa yang aku buat masa cuti??

Bangun pagi tercekik halkum
assalamualaikum

Wuih, skojap jo udah nak abih tahun duo ribu tigo boleih...
Hah, dulu masa aku skolah, beria ria mikir apa yg nak buat lepas abih SPM.
dan apa yang jadi sekarang, aku hanya duk rumah, makan minum layan running man, tgk drama korea, main-main dengann gerpren aku yakni aku punya kamera dan tido.

Tapi aku masih enjoy, sebab aku ada mama aku. Kalau aku bosan dia lah tempat aku sembang2. Kekadang sembang pasal korea, pasal kamen rider, pasal ultraman dan macam-macamlah. Huh, kalau takde lah keluarga aku ni, aku rasa  memang aku hanyut dibuai arus duniawi.

Bercakap pasal korea, sebenarnya aku ni mmg jenis minat retis-retis asia, tak kira ah Jepun ke, Korea ke, Filipina ke. (aku suka lagu Filipina tajuk dia "Anak"), ni lirik dia, "ngomosilangka pasako ito, naing kua ka lamongamor" hahaha..betul ke tak, tak tahu ah, aku main mumbling je tuh. Sambung pasla korea, aku mula minat korea ni sebab kawan aku Nik amalina dia duk crita pasal Running man kat aku.Aku igtkan tu citer superhero sbb ada  "MAN". Aku pesan lah kt nik, klu citer RM tu main, mesej lah. Dia buat betul2 tau. Asal citer tu main je, mesti sampai mesej. Aku pon start layan ah. Mula2 tu mcm blurr je ah tgk sbb tak fhm. Pastu Ashraff pulak citer kt aku pasal Running man yg tema dia "TheAvengers". Aku pon tgk episode tu. Start pada situ lah aku minat sbb ahli2 dia mmg lawak dan spontan. Nak2 si HAHA tu. Aku pon mulalah nk tgk seme episode. Tapi masa tu nk SPM, aku tak tgk lah. Pastu kawan "Siti" dia ada donlod episode RM ni,tp tak semualah,aku pon apa lagi, mintak dgn dialah. Pastu, Jibek yakni Najmi pulak kata dia ada semua episode, wow!! tak sangka jibek ni geng2 korea. Aku pon tanpa segan silu dan bangganya mintak copy dari dia, makan lebih 100gb gak space external aku. Dan bila masa cuti2 ni, aku pasang lah citer tu kt TV. Dgn mak2 aku layan skali. Habis sampai adik aku minat citer ni. hahahahah....... bosan....

Ape yang aku nak citer agi eh?? 

Wednesday 27 November 2013

Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak
  
Aku tegar 
aku rela
sekalipun aku dihenyak 

Burung-burung hijau terbang
Oh ku tenang melayang
syurga firdausi menunggu ku datang 
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum 
di saat cinta mekarku bercantum
  
Pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki dari Ilahi
  
Kejayaan 
kebahagiaan 
bintang syuhada yang dirindukan
  
Datang datanglah wahai syahid 
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
  
Derita hanya sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/11/lirik-lagu-bintang-syurga-raqib-majid.html#ixzz2lstLlnYn

Friday 4 October 2013

Sijil Pelajaran Malaysia

Alhamdulillah

Trial SPM pon dah lepas.
SPM tinggal dalam 30 hari something,
result trial aku ala kadar je, 6A1B2C

Aku nak masuk UTP kalau ada rezeki lah, dan aku nak ambik kursus geoscience. Ayah aku kata nanti dia bukak permohonan secara online. Tapi tak tahu ah dorang pandang tak result aku ni kan.
Bile nak2 SPM ni, aku jadi muak bile tgk kertas, berterabur dalam bilik aku, heshh, kan senang klu seme bahan dalm bentuk software, takde lah bersemak kertas dalam bilik aku.

Tapi sejak2 akhir ni, banyak dugaan datang dekat aku. Dahlah mood aku turun naik macam gelombang melintang (ayat pelajar fizik), tapi, nasib baiklah aku bukan jenis orang yang lemah. Biarlah sedih kat dalam je, jangan tunjuk kat luar. Walau macam2 dia kata kat aku, aku tetap " steady". Aku akan sentiasa doa untuk dia.

ARGHHHH!!!! dah lah, 

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wassahlan Ya Ramadhan.

Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau memberi peluang untuk aku menemui bulan yang paling mulia,penghulu segala bulan, Bulan Ramadhan. Seperti mana perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 :

Maksudnya: wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas kaum-kaum sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa.

Aku tak tahu kenapa tahun ni aku rasa gembira sangat2 nak sambut Ramadhan. Tahun-tahun lepas takdelah macam ni. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kepada aku dalam bulan ni. Wallahualam.
Aku taknak bazirkan bulan Ramadhan tahun ni sebagaimana tahun lepas. Aku nak guna kesempatan bulan ni untuk aku memohon keampunan daripada Allah. Aku rasa macam nak menjerit je sekarang nih, huh.

Tapi untuk tahun ni, aku terpaksa berbuka tanpa keluarga aku selama 8 hari, sebab aku join kem AMG di SEMSAS. Biarlah, tahun ni aku kene banyak berkorban. Tahun depan barulah boleh bebas.Sebenarnya, seumur hidup aku, aku tak pernah berbuka tanpa keluarga aku. Jadi bila first time, terasa sebak di dalam dada jugak lah. Ya Allah, Kau lindungilah ibu dan adik ku semasa ketiadaan aku di rumah.

Okay, sampai di sini saja coretan nukilan aku untuk kali ini. Selamat Ramadhan,selamat berpuasa.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Friday 28 June 2013

DEMI CINTA SUCI



Lama giler tak dengar lagu ni. Aku suka dengar suara Fitri Haris (penyanyi chorus yang pakai spek). Tapi sayang, dia dah kluar dari UNIC.

LIRIK
Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni

Andai kata-kata sering didustai