WELCOME

Wednesday 5 December 2012

SAHABATKU ASHRAFF :-)



Muhammad Ashraff B. Mohd Khatim

Salah seorang sahabatku sejak aku masih di tahun 2. Namun ketika itu, aku tidak mengenali Ashraff dengan lebih rapat. Ashraff mempunyai ketinggian 158cm, lahir pada 10 Ogos 1996. Ashraff mempunyai personaliti seperti seorang tentera, kerana ketahanan fizikalnya amat tinggi dan tahan lasak.

    Perangai Ashraff ni, dia cepat sensitif. Kalau dia baru saja "frust" dengan seseorang, dia akan tak makan dan akan melakukan aktiviti yang dapat membina otot-otonya. Kadang-kadang aku pelik jugak tengok Ashraff ni sebab dia memang berbeza dengan kawan-kawan aku yang lain. Dia nampak lebih matang berbanding yang lain seperti Fazrin Azhwar, Wan Muhammad Fuad dan Aliff Najmi. Ashraff meminati motosikal. dia bersama-sama abang sedaranya mencipta motosikal "cross". Ashraff telah beberapa kali jatuh daripada motosikal tersebut. Apa yang aku respect pasal Ashraff nih, dia seorang yang menepati janji. Aku lebih percaya dengan janji-janji Ashraff berbanding rakan-rakan aku yang lain.

   Kalau di sekolah, Ashraff ni selalu pergi ke tandas. Kalau tengok rekod kemasukan pelajar ketandas, boleh dikatakan Ashraff menjuarai kategori tersebut diikuti Dzafri dan Daing. Aku pon kadang-kadang pelik dengan pundi kencing dia nih. Tahun 2013, Ashraff akan menjadi seorang pengawas sekolah dan akan berkhidmat untuk aku. Tak sabar rasanya nak tengok dia pakai baju pengawas. Tapi malangnya, tahun depan aku akan pindah sekolah. Takpelah, semoga Ashraff dapat berkhidmat utnuk Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah

~sekian~

4 comments: