WELCOME

Sunday 2 December 2012

ATOK.....

ASSALAMUALAIKUM...

AlhamduliLLah  aku masih diberi peluang uunntuk meneruskan kehidupan di Bumi ini. Namun begitu, aku masih tak dapat melupakan arwah atok aku yang telah meninggal dunia pada Hari Raya AidhilAdha yang lepas. Walaupun aku tak rapat sangat dengan arwah atok aku, namun aq masih tak dapat melupakan arwah. Arwah telah banyak memberiku cerita-cerita di zaman Komunis dimana atok aku sendiri merupakan sahabat kepada komunis. Aku juga masih tak dapat melupakan kenangan masuk ke dalam ladang sawit  bersamanya. Apabila arwah ingin pergi ke ladang sawit, aku pasti akan mengikuti arwah untuk ke ladang tersebut. Arwah telah banyak mengajar ku selok belok di dalam hutan.....

Aku masih teringat semasa mendapat berita bahawa arwah telah pergi. Pada masa itu, aku berada dirumah manakala ayah dan ibuku berada di hospital. Aku tidak dapat mengikuti mereka ke hospital kerana aku terpaksa menjaga adik aku dirumah. Pada masa itu, aku baru sahaja selesai menunaikan solat jumaat. Namun,semasa perjalanan aku untuk ke masjid, aku sudah merasakan sesuatu di dalam hati. Seolah-olah aku rasa sesuatu yang aku kekurangan. Apabila aku selesai solat  jumaat, aku pulang ke rumah dan terus membuka FB untuuk mengetahui perkembangan semasa tentang arwah. Namun, tiada berita tentang arwah. Tidak lama kemudian, kira-kira jam 2.30p.m. aku mendapat panggilan daripada ayah. Apabila melihat sahaja nama ayah tepampang di hadapan Iphone aku, aku sudah dapat meneka apa berita yang bakal aku terima. Aku menjawab panggilan tersebut lalu terdengarlah suara ayah yang sayu. Ini kali pertama aku dengar suara ayahh ku sebegitu, inilah yang menyebabkan aku agak tersentuh. Mata aku sememangnya ingin mengeluarkan air mata, namun aku cuba untuk menahannya. Aku terima berita tersebut dengan sabr dan redha. Aku masih ingat kata-kata ayah di dalam panggilan tersebut, "adik, atok dah takde". Ya Allah, itulah detik yang aku rasa paling aku sedih seumuru hidup aku. Ayah menyuruh aku untuk berkemas untuk pulang ke kampung di Felda Jenderak Utara, Temerloh kerana arwah akan dikebumikan di situ.

Walaupun aku tak sempat untuk bertemu arwah pada akhir umurnya, namun aku berasa amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku dapat berbakti untuk arwah buat kali terakhir. Aku membantu untuk menutup liang lahad arwah.

Ya Allah, tempatkanlah roh arwah di kalangan orang-orang yang beriman..
Aaminn....

No comments:

Post a Comment