WELCOME

Wednesday 2 November 2011

PERBEZAAN IKAN KELI MEMAKAN BAHAN HARAM DAN HALAL

Aku mendapat satu email tentang bagaimana nak bezakan ikan keli yang halal dan haram. Yang halal di berikan makanan yang semulajadi manakala yang haram, makanannya di perbuat daripada babi. Tujuan beri makanan yang berasaskan babi adalah untuk mempercepatkan tumbesaran.



Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
·  Kepala berbentuk ‘V’
·  Bentuk badan mirip torpedo
·  Badan berwarna hitam berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
·  Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
·  Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
·  Kepala berbentuk ‘U’
·  Bentuk badan tirus
·  Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
·  Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
·  Digoreng tidak meletup

No comments:

Post a Comment