WELCOME

Friday 21 December 2012

Kisah Doktor


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
… … … …
“kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??”
doktor tersebut tersenyum dan berkata :
“sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya..”
“bertenang kamu kata..?!
kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??
kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah..
si doktor tersenyum lagi & berkata :
” saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci
” drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali”..
doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..
Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”
“memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!”
kata si ayah..
pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. ”
alhamdulillah..anak anda selamat..!”
dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah
“kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!”
“kenapa doktor tu sombong sangat..?
x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!
“komen si ayah selepas melihat jururawat..
jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
“anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..

Friday 7 December 2012

JEJAKA 4ARIF 2012 :-)

Tak lama lagi, sesi persekolahan bagi tahun 2013 akan bermula. Tahun tersebut merupakan tahun yang paling penting buat diriku kerana tahun tersebut aku bakal menghadapi SPM. Peperiksaan yang bakal menentukan masa depan aku. Namun begitu, Banyak kenangan yang aku tak dapat lupakan semasa berada di tingkatan empat arif nih. Kelas 4 arif merupakan kelas sains tulen di SMK Beserah. Terdapat 30 pelajar berada di dalamnya. 23orang pelajar perempuan manakala lelaki hanya tujuh sahaja. Berikut adalah senarai dan butiran tentang pelajar lelaki 4arif.

1. Muhammad Aliff Najmi B. Mohd Zambri


  • Ketua kelas 4arif.
  • seorang ketua kelas yang sangat berwibawa,bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas
  • salah seorang pelajar kesayangan cikgu biologi
  • memiliki ketinggian 160cm
  • lahir pada 25 ogos 1996
  • mahir dalam seni tarian "beakdance"
2. Wan Mohamad Fuad B. Wan Suhaimi
  • seorang pelajar yang ceria dan yakin diri
  • memiliki hidung seperti zizan rajalawak
  • hidungnya amat sesuai untuk ditarik
  • lahir pada 23 Julai 1996
  • memliki ketinggian 162cm
  • pelajar kesayangan cikgu biologi
3. Muhd Dzafri b. Safie
  • pelajar yang paling wierd di dalam kelas
  • memiliki rambut yang sangat unik dan istimewa
  • pelajar yang paling sempoi apabila dipanggil untuk membuat persembahan di hadapan pentas
  • lahir pada 15 Jun 1996
  • bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen
  • memiliki ketinggian 170cm
4.Muhammad Iman B. Sulaiman
  • pelajar lelaki yang paling pandai dalam matapelajaran matematik tambahan
  • suka menyakat pelajar perempuan
  • memiliki ketinggian 176cm
  • lahir pada 4 Jun 1996

5. Muhammad Ashraff b. Mohd Khatim
  • hehehe..segala butiran dia aku telah ceritakan pada post aku yang lepas
  • bercita-cita menjadi seorang jurutera kapal TLDM
6. Muhammad Fazrin Azhwar B. Razali
  • merupakan seorang pelajar yang paling sporting
  • bercita-cita menjadi seorang PASKAL (Pasukan Khas Angkatan Laut)
  • memiliki motosikal Yamaha Sport dengan enjin berkapasiti 1.5cc dan 1000kuasa kuda
  • bakal pengawas sekolah pada tahun 2013
  • mahir dalam penipuan dan seni silap mata
  • memiliki ketinggian 162cm
  • lahir pada 19 Mei 1996
7. Mohd Shahairol Fitri B. Mohd Zaidi
  • pelajar yang bercita-cita tinggi
  • berfikiran terbuka dan berpandangan jauh
  • kuat membodek cikgu dan menghasut rakan-rakan
  • pelajar yang anti-sosial
  • meminati Kamen Rider Den-O
  • rambutnya yang tajam merupakan simbolik kepada watak momotaros 
  • memiliki ketinggian 176cm
  • lahir pada 3 Mac 1996
setakat ini sahaja post untuk kali ini
~sekian~

Wednesday 5 December 2012

SAHABATKU ASHRAFF :-)



Muhammad Ashraff B. Mohd Khatim

Salah seorang sahabatku sejak aku masih di tahun 2. Namun ketika itu, aku tidak mengenali Ashraff dengan lebih rapat. Ashraff mempunyai ketinggian 158cm, lahir pada 10 Ogos 1996. Ashraff mempunyai personaliti seperti seorang tentera, kerana ketahanan fizikalnya amat tinggi dan tahan lasak.

    Perangai Ashraff ni, dia cepat sensitif. Kalau dia baru saja "frust" dengan seseorang, dia akan tak makan dan akan melakukan aktiviti yang dapat membina otot-otonya. Kadang-kadang aku pelik jugak tengok Ashraff ni sebab dia memang berbeza dengan kawan-kawan aku yang lain. Dia nampak lebih matang berbanding yang lain seperti Fazrin Azhwar, Wan Muhammad Fuad dan Aliff Najmi. Ashraff meminati motosikal. dia bersama-sama abang sedaranya mencipta motosikal "cross". Ashraff telah beberapa kali jatuh daripada motosikal tersebut. Apa yang aku respect pasal Ashraff nih, dia seorang yang menepati janji. Aku lebih percaya dengan janji-janji Ashraff berbanding rakan-rakan aku yang lain.

   Kalau di sekolah, Ashraff ni selalu pergi ke tandas. Kalau tengok rekod kemasukan pelajar ketandas, boleh dikatakan Ashraff menjuarai kategori tersebut diikuti Dzafri dan Daing. Aku pon kadang-kadang pelik dengan pundi kencing dia nih. Tahun 2013, Ashraff akan menjadi seorang pengawas sekolah dan akan berkhidmat untuk aku. Tak sabar rasanya nak tengok dia pakai baju pengawas. Tapi malangnya, tahun depan aku akan pindah sekolah. Takpelah, semoga Ashraff dapat berkhidmat utnuk Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah

~sekian~

Sunday 2 December 2012

ATOK.....

ASSALAMUALAIKUM...

AlhamduliLLah  aku masih diberi peluang uunntuk meneruskan kehidupan di Bumi ini. Namun begitu, aku masih tak dapat melupakan arwah atok aku yang telah meninggal dunia pada Hari Raya AidhilAdha yang lepas. Walaupun aku tak rapat sangat dengan arwah atok aku, namun aq masih tak dapat melupakan arwah. Arwah telah banyak memberiku cerita-cerita di zaman Komunis dimana atok aku sendiri merupakan sahabat kepada komunis. Aku juga masih tak dapat melupakan kenangan masuk ke dalam ladang sawit  bersamanya. Apabila arwah ingin pergi ke ladang sawit, aku pasti akan mengikuti arwah untuk ke ladang tersebut. Arwah telah banyak mengajar ku selok belok di dalam hutan.....

Aku masih teringat semasa mendapat berita bahawa arwah telah pergi. Pada masa itu, aku berada dirumah manakala ayah dan ibuku berada di hospital. Aku tidak dapat mengikuti mereka ke hospital kerana aku terpaksa menjaga adik aku dirumah. Pada masa itu, aku baru sahaja selesai menunaikan solat jumaat. Namun,semasa perjalanan aku untuk ke masjid, aku sudah merasakan sesuatu di dalam hati. Seolah-olah aku rasa sesuatu yang aku kekurangan. Apabila aku selesai solat  jumaat, aku pulang ke rumah dan terus membuka FB untuuk mengetahui perkembangan semasa tentang arwah. Namun, tiada berita tentang arwah. Tidak lama kemudian, kira-kira jam 2.30p.m. aku mendapat panggilan daripada ayah. Apabila melihat sahaja nama ayah tepampang di hadapan Iphone aku, aku sudah dapat meneka apa berita yang bakal aku terima. Aku menjawab panggilan tersebut lalu terdengarlah suara ayah yang sayu. Ini kali pertama aku dengar suara ayahh ku sebegitu, inilah yang menyebabkan aku agak tersentuh. Mata aku sememangnya ingin mengeluarkan air mata, namun aku cuba untuk menahannya. Aku terima berita tersebut dengan sabr dan redha. Aku masih ingat kata-kata ayah di dalam panggilan tersebut, "adik, atok dah takde". Ya Allah, itulah detik yang aku rasa paling aku sedih seumuru hidup aku. Ayah menyuruh aku untuk berkemas untuk pulang ke kampung di Felda Jenderak Utara, Temerloh kerana arwah akan dikebumikan di situ.

Walaupun aku tak sempat untuk bertemu arwah pada akhir umurnya, namun aku berasa amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku dapat berbakti untuk arwah buat kali terakhir. Aku membantu untuk menutup liang lahad arwah.

Ya Allah, tempatkanlah roh arwah di kalangan orang-orang yang beriman..
Aaminn....