WELCOME

Saturday 5 November 2011

ILLUMINATI DI SUNWAY PYRAMID,SELANGOR


Illuminati di Sunway Pyramid

assalamualaikum


pertame sekali, terima kasih kerana terus-menerus menjenguk blog ini.. disamping bercerite tentang kehidupan2 kami sewaktu di smap labu terchenta, gua juge terase nak menjalankan tanggungjawab sosial gua pada masyarakat malaysia khususnye yang mengaku menyembah ALLAH yang esa.. iaitu hari ni gua nak berkongsi secubit segenggam pengetahuan gua melalui pendengaran dan penglihatan yang telah dianugerahkan kepada gua tentang satu topik yang cukup mega tetapi masih tidak disedari oleh kebanyakan masyarakat dunia hari ini iaitu berkaitan iluminati..


dalam post yang lepas, telah dijelaskan serba sedikit tentang iuminati ini.. namun,gua tau lu orang sume x mungkin akan ade kerajinan menyelongkar kembali post yg lepas.. jadi gua akan cube ceritekan serba sdikit..

Scara ringkasnyer, Illuminati ni merupakan sebuah grup rahsia yang terdiri dari kumpulan org2 elit, org kaye dan berpengaruh. grup nih menganggap Dajjal sebagai tuhan diorang. So, function grup ni adalah untuk meng"prepare" dunia nih untuk kedatangan Dajjal. Jdik, ape kaitannya dgn Sunway Pyramid? Dalam hal nih, kite kene tgk asal usul kumpulan Illuminati nih. Diorng berasal dari zaman mesir purba lagi, di mana diorang dulu sembah matahari and anggap yang matahari tuh sebagai satu medium kot, atau macam satu tribune kpd Dajjal. So, diorang bawak la diorng nyer culture ngan civilization diorang tuh. Stiap bende ade makna die yg tersirat. Kite start ngan bentuk piramid.

So ade ape dengan bntuk piramid? ape salah nyer kalau bentuk die camtu kan? memang betol. bentuk tuh mmg xde masalah tapi buat info korang semua, bentuk pyramid nih adalah antara bentuk2 yg paling berkuasa dalam mengalirkan aliran tenaga.be it tenaga positif atau negatif. selain dari bentuk pyramid, bentuk2 yg jugak berkuasa dlm mengalirkan tnaga ialah bentuk kubah [dome], bentuk octagon dan laen2 bentuk yang x brape nak heat r berbanding yang 3 ni.. sebab tuh la kalau lu orang sume tgk msjid, ade kubah, menara lak bentuk octagon, same cam vatican city ade kubah dan lain2. so sebenarnye ade tujuan die buat masjid camtuh, nak mengalirkan tenaga positif ke kawasan sekeliling. tapi lain lak halnyer kalau kite amek contoh Sunway Pyramid. cube korang pikir ape yang belaku kat dalam tuh, melepak, dating, buang mase, x solat n macam2 lagi. and so tentulah tenaga yang die alirkan "negatif" kan? ni cme assumption gua, tpi gua rase korang dapat grasp idea tuh.


Next is patung nih. sape x kenal firaun laknatullah yg pernah mengaku jadik tuhan. tpi tuh zaman mesir purba dulu kan? ape kene mngena ngan Illuminati pada zaman moden kini?



Untk info lu orang semua, sebenarnye orang yang memegang grup Illuminati nih berasal dri keturunan darah firaun. Diorang [firaun kan ade byk] la yg mengasaskan grup Illuminati nih, cume name Illuminati tuh xde la dulu. Tamadun diorang sebenarnye x musnah tetapi still continue to exist n diorang la yang mengasaskan tamdun rom, kmudian bertukar ke kerajaan england n seterusnya kepada kerajaan amerika pimpinan barack obama sekarang ni. so, queen elizabeth nih brasal dari keturunan firaun sebenarnye. tuk info lagi lanjut tgk la The Arrivals kat youtube..lepas tgok the arivals ni, lu orang juge akan tahu yang kesemua pemimpin2 amerika adalah dari darah iluminati, termasuklah obama yang dikatakan mampu mengubah dunia. so konklusi nyer, ngape la nak letak patung firaun laknatullah tuh, ape la yg mengagumkan sangat smpai nak bwat patung die and tayang kat org. nih sbnarnyer smua taktik2 Illuminati nak pengruhi kite sket demi sedikt supaya kite dah lali dgn bnda tuh. JAGA-JAGA!!


Seterusnya ialah antara benda yang pling feymes dalm Illuminati nih, iaitu The All Seeing One Eye. So, ape signifikannye simbol nih. untuk info lu orang semua, simbol ni mlambangkan Dajjal laknatullah yg bermata satu. The basic simbol utk All Seeing One Eye ialah piramid, then atas tuh ade satu mata. Cbe tgk gamba nih.


nih adalah satu contoh yg sangat ketara kalau korg tengok kat 1 dollar US. Pyramid, then atas tuh ade mata. Jdik memang sah la yg US tuh dipegang oleh kumpulan Illuminati. Jadi, kite tengok contoh yg dekat sket kat Sunway Pyramid. Cube tengok gamba kat bawah nih and fokus kat yang dibulat dengan ring merah tu.

kalau lu orang semua perhati btol2, kalau orang boleh makeout simbol All Seeing One Eye. ade pyramid kat bawah and ade mate kat atas. Walaupon mata tuh die x buat jelas sngt, tpi memang kite boleh agak yg nih la simbol tuh. So, berhati-hati la korang, jangan sampai tak tau yg simbol nih melambangkan Dajjal.



Yang ni pulak another simbol yg melambangkan Dajjal. 1 mata. memang jelas lagi bersuloh. Kite pon tau yang Dajjal laknatullah tuh ade 1 mata je. So be careful. tuk more info tgk The Arrivals

Tuh la sdikit sebyk tentang unsur2 Illuminati atau Freemason atau Anti Christ yg boleh kite tengok kat Sunway Pyramid. Walaupon benda nih macam susah nak caye, tapi tu la sebenarnye ape yg grup nih nak. Diorang sebenarnye cube nak mmpengaruhi sub-concous mind [minda separuh sedar] kite supaya accept menda2 camni so that bila Dajjal laknatullah muncul, kite dapat terima die.

N gua harap lu orang semua sedar, bahawa hari kiamat itu hampir tiba.. sebab proses untuk menunggu kedatangan dajjal yang telah disebut dalam sebuah hadis ade 3 peringkat.. tapi yang gua dapat rumuskan iaitu melalui kajian pakar2 seluruh dunia bahawa peringkat pertama ialah apabila kumpulan iluminati ini berpangkalan d united kingdom, iaitu dengan menjadikan kesemua ahli kerabat royal british sebagai golongan elit a.k.a iluminati, peringkat kedua pula ialah di amerika, iaitu dengan menjdikan kesemua pemerintah amerika sebagai ahli golongan elit dan sekaligus memerintah dunia n peringkat yang trakhir sekali sebelum kedatangan dajjal ialah di israel, yang mane lu orang sendiri perasan kan yang amerika sekarang bersungguh-sungguh mahu mmbantu israel membina negara.. sebab di situ lah tande2 akhir kiamat akan muncul kerana israel la pringkat ke-3 merangkap peringkat terakhir sebelum kedatangan dajjal.. lu pkirlah la sendiri ye.. sama2 berdoa pada ALLAH yang esa agar kite dijauhkan dari permainan kotor dunia yang cube mngawal minda kita ini..

Thursday 3 November 2011

15 TEMPAT BERHANTU DI MALAYSIA..seram....


Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah

1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR

 HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yg didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. 1 tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2.BANGLO MONA FANDEY

 Banglo yg pernah didiami oleh seorang artis terkenal tanah air yg merupakan dukun. Pernah terlibat dalam 1 kes pembunuhan yg menggemparkan 1 malaya.


3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU

 Shopping complex yg terbengkalai sejak sekian lama. Dipercayai tempat kediaman pelbagai makhluk2 halus.


4.LEBUHRAYA KARAK

Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Lebih2 lagi apabila di kawasan terowong ini. Seringkali mengakibatkan kemalangan yg meragut nyawa.

5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU

 Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan 1 kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan2 mistik telah terjadi di sekitar kawasan itu.

6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND


 Sebuah apartment usang yg sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

antara tempat2 lain ialah:

7.GEORGETOWN,PENANG
8.ST MICHAEL'S INSTITUTE,IPOH
9.MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR,PERAK
10.VICTORIA'S INSTITUTION,KUALA LUMPUR
11.LOST WORLD OF TAMBUN,PERAK
12.POLIKLINIK CHERAS,KUALA LUMPUR
13.PERKUBURAN ISLAM KAJANG,SELANGOR
14.KELLIE'S CASTLE,PERAK
15.PENJARA PUDU,KUALA LUMPUR

DOKUMEN ASLI: SURAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA TIGA TIGA RAJA DAN REAKSI BERBEZA MEREKA


Setelah Perjanjian Hudaibiyyah Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam memiliki kesempatan untuk berdakwah yang lebih luas. Beliau mengirimkan banyak surat kepada pembesar di berbagai negeri menyeru mereka kepada Islam. 

Berikut ini adalah kisah tiga orang raja yang berbeza reaksinya ketika menerima surat dari Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Perbezaan reaksi ini berakibat pada perbezaan nasib yang mereka alami.

1- Surat Nabi saw untuk Raja Negus (Penguasa Ethiopia)

Isi surat:
Dari Muhammad utusan Allah untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia).
Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahawa Isa putra Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk.

Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam menulis surat kepada An-Najasyi yakni Ashhamah bin Al-Abjar dan menyerunya kepada Islam. Raja An-Najasyi mengambil surat itu, beliau lalu meletakkan ke wajahnya dan turun dari singgasana. Beliaupun masuk Islam melalui Ja’far bin Abi Tholib radiyallahu ‘anhu.

Beliau lalu mengirimkan surat kepada Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam dan menyebutkan tentang keislamannya.

Raja An-Najasyi akhirnya meninggal dunia pada bulan Rajab tahun ke-9 Hijriyyah. Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam memberitakan hal itu pada hari wafatnya lalu melakukan solat ghaib untuknya. Beliau juga menyatakan bahawa Raja An-Najasyi kelak akan masuk surga.

2- Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Kaisar Romawi)

Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Kaisar Romawi yang agung.

Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Salain dari pada itu, sesungguhnya aku mengajak kamu untuk memeluk Islam. Masuklah kamu ke agama Islam maka kamu akan selamat dan peluklah agama Islam maka Allah memberikan pahalah bagimu dua kali dan jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa orang orang Romawi. “Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. Al-Imron 64

Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam mengirim surat kepada Kaisar Heraklius dan menyerukan kepada Islam. Pada waktu itu Kaisar sedang merayakan kemenangannya atas Negeri Persia.

Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam telah mengirim Dihyah bin Khalifah Al-Kalby sebagai utusan kepada Kaisar Heraklius penguasa Kekaisaran Romawi, negara kuasa besar pada masa itu. 

Kaisar pun berkeinginan untuk melakukan penyelidikan bagi memeriksa kebenaran kenabian Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Maka beliau memerintahkan untuk mendatangkan seseorang dari Bangsa Arab ke hadapannya.

Abu Sufyan rodhiyaullahu ‘anhu, waktu itu masih kafir, dan rombongannya segera dihadirkan di hadapan Kaisar. Beliau diminta berdiri paling depan sebagai juru bicara kerana memiliki nasab yang paling dekat dengan Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. 

Rombongan yang lain berdiri di belakangnya sebagai saksi, sehingga beliau tidak berani berbohong.Itulah strategi Kaisar untuk mendapatkan keterangan yang valid.

Maka berlangsunglah dialog yang panjang antara Kaisar dengan Abu Sufyan rodhiyaullahu ‘anhu. Kaisar Heraklius adalah seorang yang cerdas dengan pengetahuan yang luas.

Dengan kecerdasan dan keluasan ilmunya Kaisar boleh mengetahui kebenaran kenabian Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Malah Kaisar menyatakan :
Dia (maksudnya Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam) kelak akan mampu menguasai wilayah yang dipijak oleh kedua kakiku ini.” Sedangkan pada masa itu Kaisar sedang dalam perjalanan menuju Baitul Maqdis.

Kaisar lalu memuliakan Dihyah bin Khalifah Al-Kalby dengan menghadiahkan sejumlah harta dan pakaian. Kaisar memuliakan surat dari Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam namun masih lebih mencintai tahtanya.

Akibatnya adalah di dunia Allah Subhanahu wa Ta’ala memanjangkan kekuasaannya. Namun dia harus mempertanggungjawabkan kekafirannya di akhirat kelak.

3- Surat Nabi saw untuk Raja Khosrau II (Penguasa Persia)

Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Persia yang agung.
Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bagi orang yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi baha Muhammad itu hamba Nya dan utusan Nya. Aku mengajakmu kepada panggilan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh manusia supaya aku memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi.

Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam mengirim surat kepada Kisra Abrawaiz raja dari Negeri Persia dan menyerunya kepada Islam. Namun ketika surat itu dibacakan kepada Kisra, iapun mengoyaknya sambil berkata, ”Budak rendahan dari rakyatku menuliskan namanya mendahuluiku.

Ketika berita tersebut sampai kepada Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam, beliaupun mengatakan, ”Semoga Allah merobek-robek kerajaannya.”

Doa tersebut dikabulkan. Persia akhirnya kalah dalam perang menghadapi Romawi dengan kekalahan yang menyakitkan. Kemudian iapun digulingkan oleh anaknya sendiri iaitu Syirawaih. Ia dibunuh dan dirampas kekuasaannya.

Seterusnya kerajaan itu kian terobek-robek dan hancur sampai akhirnya ditaklukkan oleh pasukan Islam pada zaman Khalifah Umar bin Khathab radiyallahu ‘anhu hingga tidak boleh lagi berdiri. Selain itu Kisra masih harus mempertanggung-jawabkan kekafirannya di akhirat kelak.

ANGGOTA BADAN,ORGAN DI BAWAH MIKROSKOP


Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda. Menakjubkan...

-------------------------------------------------
telur/ovum dengan sel korona

-------------------------------------------------
sperma di atas telur/ovum

-------------------------------------------------
vilus dalam usus

-------------------------------------------------
sel kanser paru-paru

-------------------------------------------------
sel darah merah

-------------------------------------------------
neuron purkinje (lapisan pada otak)

-------------------------------------------------
hujung rambut yang pecah

-------------------------------------------------
embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)

-------------------------------------------------
Subhanallah...

KONSPIRASI DUNIA - OBELISK


Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.

Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.

Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:

Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan obelisk berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!

Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah)
Caesarea obelisk

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)

*8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino

Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari gyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatras Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatras Needle”, di Central Park, New York

Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya.

This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.

Sabda Rasullulah:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).” Hadis Riwayat Abu Daud

Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.

St. Peter Square, Vatican

Luxor Obelisk, Paris

Central park, New York

Sao Paolo. Brazil

Buenos Aires, Argentina

Pheonix Park, Dublin

Istanbul, Turki

London, England

Washington, DC

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. [Luqman 13]

Sumber: berita-harian-online.com/konspirasi-dunia-obelisk/

Wednesday 2 November 2011

MISTERI TOPENG DARTH VADER




Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara.
Maka tidak hairanlah jika dikatakan setiap watak dalam filem menjadi idola bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa.
Satu-satunya watak yang amat mencurigakan ialah watak Darth Vader yang bertindak sebagai bapa kepada si hero iaitu Skywalker. Watak jahat yang agak gentlement ini tidak dibenci oleh kebanyakan penonton kerana ia membawa imej yang bersih, berkaliber dalam setiap aksi kejamnya.
Namun begitu, kemusykilan kami adalah berdasarkan pereka grafik yang mencipta watak dan wajah Darth Vader ini. Dari manakah idea mencipta wajah Darth Vader ini diambil oleh pereka grafik filem Starwars?
Ini kerana imej topeng Darth Vader kelihatan terpampang di salah satu menaraWashington National Cathedral dengan ciri-ciri yang jelas dan tinggi kedudukannya. Imej itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu menggunakan teropong untuk melihatnya.
Penerbitan Filem Starwars
Filem Starwars mula ditayangkan kepada orang ramai secara komersial pada 25 Mei 1977 oleh Universal Studio di Amerika Syarikat. Penerbitan filem ini telah menjadikan ia pencetus kepada filem-filem sains fiksyen berteknologi tinggi yang membawa era perang galaksi.
Walaupun ditayangkan pada 1977, tetapi gerak kerja menghasilkan filem ini telah pun dilakukan sejak 1971 yang mana ketika itu Malaysia masih lagi gah dengan sentuhan karya P.Ramlee, Jins Shamsudin dan kebanjiran filem-filem Bombay.
Idea menghasilkan Starwars sebenarnya dicetuskan oleh penerbit Yahudi terkenal iaitu George Lucas yang kini adalah pemilik Lucas Film. Lucas adalah orang yang pertama menulis idea tentang kepahlawanan angkasa yang digelarJedi.
Namun, ketika mula-mula memperkenalkan idea ini, Lucas terpaksa menulis dua kali tentang konsep Jedi kepada beberapa pengarah terkenal untuk memahamkan idea uniknya itu. Dari mana Lucas mendapat idea ini tidak diketahui dan ia amat mencurigakan sekali.
Lucas yang berdarah campuran British dan Jerman sekarang ini adalah pemilik Lucas Film yang mana amat terkenal dengan pembikinan filem-filem episodStarwars dan Indiana Jones.

Keraguan Tentang Watak Darth Vader
 
(Gambar) George Lucas bersama watak tentera manusia di dalam Starwars
Watak Darth Vader juga dibina sendiri oleh George Lucas tetapi aspek watak fizikal pula direka oleh David Prowse yang pernah bergiat sebagai ahli sukan bina badan dan pelakon sambilan. Segala tingkahlaku dan perwatakan Darth Vader adalah mengikut sentuhan Prowse sendiri walaupun ianya dicipta oleh Lucas. Seperti juga Lucas, Prowse tidak juga mendedahkan di mana ia peroleh imej topeng Darth vader tersebut.
(Gambar) David Prowse dan kostum Darth Vader ciptaannya
Pada 1980, majalah National Geographic bersama gereja besar ini telah menganjurkan pertandingan melukis bagi kanak-kanak untuk diletakkan di National Cathedral. Amat menghairankan, tiga pemenang yang dipilih yang lukisan yang menggambarkan watak-watak jahat.
Budak lelaki yang bernama Christopher Rader telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3, dan watak yang dilukisnya ialah Darth Vader. Pemenang-pemenang lain pula melukis objek yang menjurus kepada unsur-unsur kejahatan.

Misteri Penghakiman Pertandingan oleh Pihak Gereja
 
(Gambar) Amat pelik, pihak pengurusan gereja memilih 3 watak jahat untuk diletakkan di menara Washington National Cathedral pada 1980.
Pihak gereja tahu bahawa pada 1980, pengaruh filem Starwars terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak amat kuat. Memilih watak dan memberikan anugerah kepada objek yang sudah diketahui masyarakat umum adalah amat mencurigakan.
Pihak gereja seolah-olah mahu menutup ‘kehendak’ tersembunyi mereka untuk meletakkan topeng Darth Vader ciptaan David Prowse itu. Kemungkinan pertandingan melukis itu hanyalah suatu topeng palsu untuk menutup hasrat sebenar pihak gereja Washington.
Sekiranya pihakpengurusan gereja meletakkan watak Darth Vader begitu sahaja, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, dan kemungkinan wartawan akan menyerang pihak gereja dan David Prowse tentang perletakan arca Darth Vader dengan beratus-ratus soalan.
Kami percaya pertandingan melukis itu hanyalah topeng dan kemenangan tempat ke-3 oleh Christopher Rader adalah dirancang dan apa yang dilukis oleh Rader sebenarnya di suruh. Objek topeng Darth Vader adalah sejenis lakaran ergonomik digital yang sukar dihasilkan melalui tangan.
Meletakkan kemenangan kepada Christopher Rader di tempat ke-3 adalah logik kerana jika diletakkan tempat pertama, sudah pasti hasrat sebenar pihak gereja dapat dipersoalkan oleh orang ramai terutamanya ahli-ahli sejarah dan akademik.
(Gambar) Imej kedudukan topeng Darth Vader di menara gereja. Perlukan teropong untuk melihatnya.

Peranan Filem Dalam Pendidikan Kesyaitanan
Telah kami nyatakan sebelum ini dalam beberapa artikel bagaimana unsur-unsur filem itu dijadikan suatu elemen pendidikan kesyaitanan, seksual, free-thinker dan sebagainya. Filem adalah senjata ampuh gerakan Illuminati yang mana tapak pembikinan filem-filem Hollywood itu sendiri dipunyai secara total oleh kelompok-kelompok mereka.
Golongan Illuminati tahu apa yang mereka mahukan dan mereka juga teliti dalam merancang sesuatu disamping meneroka kelemahan masyarakat yang bukan Islam. Bagi mengaburi dan mempengaruhi masyarakat Islam, unsur-unsur estetik dalam filem juga adalah senjata ampuh mereka.
Memerangi umat kristian dan menjauhkan mereka dari ajaran Injil adalah amat mudah kerana masyarakat Kristian sudah ketinggalan jauh dari aspek spiritual sejak sebelum kelahiran Islam lagi.
Kami menyimpulkan bahawa pendedahan imej Darth Vader adalah penyerapan pendidikan kesyaitan secara tersirat. Pendidikan tersirat ini akan lebih bermakna apabila patung-patung Darth Vader dibeli dan diletakkan di rumah-rumah masyarakat Islam.
Sebagai umat Islam, melihat dan memikirkan secara teliti akan sebab dan akibat sesuatu yang berada di depan mata seperti filem adalah amat mustahak. Mempersoalkan setiap unsur di dalam filem yang dilihat boleh menyelamatkan aqidah Muslim dari tergolong dalam kelompok Riddah Qauliyah.
Imam Habib Abdullah bin Thahir menyebut bahawa,
“Setiap muslim yang mukallaf, hukumnya wajib untuk menjaga keIslamannya dari segala hal yang dapat menghancurkan, membatalkan, dan memutuskannya dari tali Islam, yakni murtad.”

(kitab Sulamut at-Taufiq)
Wallahu’alam…